Di Malaysia, surat kuasa mentadbir ialah satu dokumen penting di bawah undang-undang yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa, Ianya memberi kuasa kepada individu atau kumpulan individu untuk mengurus dan mengagihkan aset si mati yang meninggal dunia tanpa meninggalkan wasiat yang sah. Surat ini berfungsi untuk memberi kuasa kepada seseorang sebagai pentadbir terhadap harta pusaka si mati. Ianya adalah penting bagi individu tersebu untuk memahami
tentang surat kuasa mentadbir ini dan proses yang terlibat untuk memastikan aset si mati diuruskan dan diagih dengan betul.
Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan tentang surat kuasa mentadbir di Malaysia, kepentingannya, dan pelbagai jenis surat-surat tersebut di Malaysia. Ia juga akan membincangkan proses mendapatkan surat tersebut, cabaran biasa yang dihadapi oleh pemohon, peranan peguam dalam proses itu, faedah untuk mendapatkan peguam dan akhir sekali bersama dengan kos yang berkaitan untuk mendapatkan surat tersebut

